Home

TQMX MOTOCROSS CLUB

1    VISI

Membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua serta Pembangunan Atlet Sukan berprestij tinggi Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Mewujudkan dan membentuk Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotic serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama

2    MISI

Membina generasi yang berterampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi Nasional dan Identiti Bangsa.

3    OBJEKTIF

i.            Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan lasak di kalangan belia

ii.        Mencungkil pelapis belia di peringkat kelab dalam sukan motosikal lasak
di peringkat daerah / negeri yang diiktiraf bagi mewakili kebangsaan
seturusnya ke peringkat anatarabangsa


iii.            Mengadakan kegiatan dan juga sebarang aktiviti sukan permotoran 
yang boleh membantu dalam mewujudkan semangat kerjasama sebagai satu 
pasukan atau kumpulan kearah kemakmuran bangsa dan negara.

1 comment:

  1. satu penganjuran kejohanan motosikal lasak yang menarik, walau bagaimanapun dari segi teknikal penganjuran masih kelihatan 'lesu', perlu mekanisma promosi yang lebih mantap,penganjuran seperti ini perlu diberi nafas baru,ianya bukan saja hanya untuk menarik minat pengunjung untuk melihat aksi, malah menimbulkan rasa minat di kalangan belia untuk berkecimpung dalam arena sukan permotoran lasak, selama bertahun-tahun negeri johor menganjur pertandingan motocross di sana sini, tetapi masih dilihat penganjuran ini tipikal, tiada perubahan,para pelumba kita masih ditakuk PELUMBA KAMPONG, tidak kemana pun. APA MATLAMAT SEBENARNYA PENGANJURAN MOTOSIKAL LASAK INI? adakah ianya hanya sebagai sebagai satu penganjuran berbentuk HIBURAN PICISAN untuk masyarakat kampung disetiap daerah negeri johor? setelah berlalu penganjuran, ENTAH KEMANA, yg dilihat penganjuran ini tiada 1 PON dapat melahirkan pelumba BERTARAF ANTARABANGSA . sukan MOTOCROSS dimalaysia TETAP AKAN TERUS BERADA DITAKUK yang sama jika ianya tidak dibangunkan dengan bersungguh-sungguh...lihat saja bentuk pengajuran sukan seperti ini di AMERICA, ianya betul2 meriah, menarik kehadiran pengunjung walaupon BERBAYAR, dengan tentatif yang menarik dengan disertakan persembahan BAND/KUGIRAN yang sesuai dengan tema penganjuran, promosi yang berkesan, sekarang promosi boleh dilakukan dengan berbagai cara.semua ini adalah untuk pembangunan menambah baik sukan motocross di negeri malah dinegara kita. BAJET yang diperuntukkan harus jangan 'LOKEK', ianya mesti digunakan dengan LURUS dan BETUL (fikir sendiri) agar pembangunan sukan motocross malah apa jua bidang sukan dinegara kita terus dapat meningkat .

    ReplyDelete